SARANG LEBAH KELULUT |
Lebah
kelulut merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa
kita lihat. Lebah kelulut tidak merbahaya dan mempunyai sengat seperti lebah
lain. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza
mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya
suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan
batu. Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang
kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.
sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut
telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses
pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu
dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia,
terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona,
Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan
pelbagai lagi
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan
organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah
kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk
mengkajinya.
Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut
mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 17 OGOS 2008 |
Asid p-coumaric sebagai
contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu
mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan
nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu
kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang
menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap
kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut
digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana
lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.
No comments:
Post a Comment