Friday, December 26, 2014

DAPATKAN SEKARANG DIPASARAN.


Trigona King madu kelulut Asli kini telah berada dipasaran, dapatkan sekarang!! anugerah terbaik untuk kita semua. untuk maklumat lanjut hubungi 018-949 8187.


tunggu apa lagi, terbukti anugerah Allah ini, amat baik bagi umat manusia, amalkan pengambilan madu kelulut kerna ia mampu menghindarkan kita daripada penyakit berat, pastikan ori.. Trigona King 100% Asli, Jaminan wang akan dikembalikan. Tunggu Apa Lagi.................


Trigona King
26 Disember 2014

Tuesday, December 2, 2014

KHASIAT MADU LEBAH KELULUT



Lebah Kelulut menghasilkan sebatian protein, zat makanan dan multi-vitamin yang menyumbang kepada penghasilan madu yang berkhasiat tinggi. Kandungan madu kelulut yang kaya dengan bahan antioksidan, mineral, enzim dan vitamin amat baik untuk diambil setiap hari.
Madu Kelulut sangat mujarab dan baik diambil oleh kanak-kanak dan orang dewasa, amalan minum madu kelulut setiap hari juga membantu mencergaskan minda dan  menghindarkan diri dari merbahaya. selain itu khasiat madu lebah kelulut jugak banyak iaitu seperti:-

  • - Meningkatkan metabolisma badan
  • - Merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
  • - Membantu menyembuhkan penyakit asma/lelah
  • - Mengurangkan masalah resdung
  • - Menjaga kecantikan
  • - Meningkatkan tenaga batin
  • - Berupaya menurunkan glukosa
  • - Mengurangkan kerosakan fungsi ginjal
  • - Meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan

Kajian juga menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas

Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.

Thursday, November 27, 2014

Pengenalan Lebah Kelulut



SARANG LEBAH KELULUT
Lebah kelulut merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa kita lihat. Lebah kelulut tidak merbahaya dan mempunyai sengat seperti lebah lain. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu. Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. 


sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 17 OGOS 2008
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.


Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.